Tahniah pasangan mempelai, Asma’ dan ‘Arif

PASIR PUTEH, 9 Jamadil Awal 1439H, Jumaat – Warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) berbesar hati mengucapkan بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير dan ucapan tahniah buat pasangan mempelai Asma’ binti Sharipudin dan Muhd. ‘Arif bin Muhd. Zamani, di atas penyatuan dua jiwa yang baru terbina.

Majlis akad nikah pada Jumaat yang lalu selamat dilangsungkan di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, Kelantan. Turut sama memeriahkan majlis adalah keluarga pengantin lelaki dan perempuan, saudara mara, jiran tetangga serta sahabat handai.

Majlis kesyukuran sebelah pengantin perempuan bakal diadakan pada Jumaat, 16 Mac nanti, di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh, Kelantan. Kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan, seterusnya moga majlis berjalan lancar.

Pengantin lelaki, Muhd ‘Arif merupakan aktivis ISMA Nilai manakala pengantin perempuan, Asma’ merupakan aktivis ISMA SPU yang juga merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Buat pengantin baru ini;

“Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian berdua, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan. Moga Allah mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin keseluruhannya”.

Semoga baitul muslim yang dibina menjadi qudwah kepada masyarakat, dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah insyaAllah.

 

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Wartawan ISMA SPU