33 Pemuda ISMA Pulau Pinang tawan puncak Bukit Bendera

 

Pulau Pinang, Rabu – 33 pemuda ISMA Pulau Pinang mengambil bahagian dalam program ‘Ghabat’ Gunung yang pada kali ini berjaya menawan puncak Bukit Bendera, Sabtu lalu.

Turut mencuri tumpuan dalam program ini ialah aktiviti menentukan arah kiblat, perkongsian mengenai sejarah Melayu di Pulau Pinang, qiamullail dan solat berjemaah, sesi bergambar di puncak Bukit Bendera serta pengisian rohani.

Dalam pengisian yang disampaikan oleh Aktivis pemuda ISMA Pulau Pinang, Fikri Yusoff, berkata, belia merupakan generasi yang menjadi tunggak negara pada masa hadapan.

“Kita perlu mengembalikan kehebatan belia Islam pada zaman dahulu yang tidak ada pada zaman sekarang ini. Oleh itu, pembinaan jati diri seorang belia Islam sangat penting,“Kita perlu meninggalkan sisa-sisa jahiliah dalam diri dan kembali kepada ajaran Islam sebenar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda ISMA Pulau Pinang berkata, pihaknya melahirkan rasa teruja apabila dapat menarik penyertaan dalam kalangan pemuda di sekitar Pulau Pinang.

“Program hiking yang akan dilaksanakan secara bersiri ini ternyata dinanti-nantikan oleh pemuda kerana menggalakkan budaya hidup sihat,

“Kita menyasarkan untuk mengumpulkan geng ‘ghabat’ gunung sekitar Pulau Pinang untuk menawan beberapa lagi gunung yang ada di Malaysia seperti Gunung Kinabalu,” ujarnya.

Peserta, Mohammad Sattar Jamal, berkata, pengalaman menyertai program ini ternyata memberi kelainan buat dirinya sendiri.

“Pengembaraan yang menarik dan menyeronokkan. Saya berharap dapat menyertai misi ‘ghabat’ gunung yang seterusnya,” katanya.

Oleh Muhamad Zulazmi Saidin

Ketua Pemuda ISMA Pulau Pinang