Semoga Allah Memberkati Pengantin Baru, Suhaida dan Amirul

PASIR PUTEH, 27 Rabiul Awal 1439H, Sabtu – Warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru iaitu, Nurul Suhaida binti Ibrahim dan Muhammad Amirul bin Enchek Kamaruddin atas bait muslim yang dibina pada Sabtu, 16 Disember yang lalu.

Pengantin lelaki, Muhammad Amirul merupakan aktivis ISMA Pasir Puteh manakala pengantin perempuan, Nurul Suhaida merupakan pelajar Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, merangkap aktivis ISMA SPU.

Majlis perkahwinan puteri Encik Ibrahim Mat Jusoh dan Puan Nafisah Ismail dengan pasangannya dari Gua Musang ini diadakan di kediaman mereka, di Kampung Merkang, Pasir Puteh, Kelantan. Walimah berlangsung meriah dari pukul 12 tengah hari sehingga jam 6 petang, dengan kehadiran keluarga pengantin, sanak saudara, sahabat handai, juga rombongan nun jauh dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang.

Doa kami kepada pasangan pengantin,

“Semoga Allah memberkati kalian berdua, menurunkan barakah ke atas kamu dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Ya Allah, jadikan jodoh perkahwinan Amirul dengan Suhaida berkekalan hingga ke akhir hayat, beroleh syurga di dunia dan di akhirat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.”

Tahniah kepada akhi Amirul dan ukhti Suhaida. Moga pernikahan ini akan menjadi batu loncatan untuk terus melajukan dakwah, membina ketaatan dan ketaqwaan diri bersama-sama agar benar-benar bersedia untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla.

Mabruk !

 

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Aktivis ISMA SPU