Pasangan mempelai, Muslihuddin dan Fatihah Selamat Diijabkabulkan

KUALA BESUT, 22 Rabiul Awal 1439H, Isnin – Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU), Ahmad Muslihuddin bin Nik@Seman telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Siti Nor Fatihah binti Zulkifli pada 11 Disember 2017 lepas.

Majlis ijab kabul dan seterusnya majlis walimah sebelah pengantin perempuan berlangsung meriah di Kampung Alor Pisang, Kuala Besut, Besut, Terengganu pada hari yang sama.

Saudara Muslihuddin merupakan aktivis Syukbah Tanjung, ISMA SPU manakala pasangannya, saudari Fatihah bergiat aktif bersama ISMA DHL, serta tidak dilupakan mantan aktivis ISMA SPU sebelum ini.

Kami mendoakan agar Allah swt melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan atas penyatuan dua jiwa ini. Seluruh warga ISMA SPU mengharapkan agar ikatan yang dibina mampu melahirkan rumah tangga muslim qudwah kepada masyarakat selain sentiasa dilindungi dan berada di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T.

Doa kami juga,

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”

Maksudnya:

“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya”

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Aktivis ISMA SPU