Barakallah Buat Pengantin Baru, Latifah dan Syuhaizi

KEPALA BATAS, 20 Rabiul Awal 1439H, Sabtu – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) berbesar hati mengucapkan tahniah buat pengantin, Latifah binti Hashim dan pasangannya, Syuhaizi bin Azizan atas perkahwinan mereka baru-baru ini.

Majlis ijab kabul saudari Latifah, merangkap Ketua Biro Multimedia dan Komunikasi ISMA SPU, berlangsung sempurna pada Jumaat, 8 Disember lalu. Majlis yang bermula jam 10 pagi ini berlangsung sempurna dengan kehadiran keluarga pengantin, sanak saudara, serta sahabat handai di Masjid Rantau Panjang, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Seterusnya, Sabtu lepas menyaksikan majlis walimatul urus bagi sebelah perempuan diadakan di rumah saudari Latifah sendiri di Rantau Panjang. Atas hasil muafakat dan gotong royong penduduk kampung, alhamdulillah majlis tersebut selesai dengan lancar.

Doa kami kepada pasangan pengantin,

“Ya Allah, berkatilah perkahwinan Latifah dan Syuhaizi. Limpahkanlah barakah dan rahmat kepada kedua-duanya. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.”

 

Selamat Pengantin Baru !

 

 

Oleh

Noradawiyah Nordin

Aktivis ISMA SPU