Selamat Pengantin Baru

AYER LANAS, 27 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mempelai, Muhammad Ridzuan bin Rusdi dan isteri, Nur Fadhlina binti Ayob.

Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perubatan di Penang Medical College. Muhammad Ridzuan di tahun kelima, manakala Nur Fadhlina di tahun keempat.

Majlis walimatul urus pasangan aktivis ISMA SPU dan mantan aktivis ISMA UK-Eire ini berlangsung meriah di Blok Pasir Puteh, Ayer Lanas, Kelantan pada 19 Ogos lalu.

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

“Barakallahulakum wabarakallahu ‘alaykum wa jam’a bainakum fi khayr”

Maksudnya: Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.

Kami mendoakan agar Allah swt melimpahkan kebahagiaan buat pasangan ini. Selamat melayari bahtera baitul muslim dan semoga ikatan suci yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat serta melahir dan mendidik generasi pewaris Islam yang soleh dan solehah, InsyaAllah.

Oleh
Noradawiyah Nordin
Aktivis ISMA SPU