Perutusan Merdeka

Assalamualaikum,

Hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-60. Ini menjadi lebih unik dan bermakna apabila kita akan menyambut perayaan Aidiladha esok.

Dalam kesibukan mengejar kemajuan material dan pembangunan, ada keperluan mendesak untuk kita melihat sejenak ke belakang dan mengkaji sejarah kemerdekaan negara yang kian dilupakan. Keamanan yang dicapai merupakan hasil perjuangan generasi terdahulu membebaskan tanahair daripada segala bentuk penjajahan. Ini sebenarnya sebuah perjuangan yang besar, unggul malah diiktiraf oleh agama.

Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, kita perlu kembali muhasabah dan koreksi.

“Kewajipan umat Islam selepas 60 tahun merdeka ialah menjadi benteng dari serangan musuh, dari dalam dan luar yang ingin menghakis Islam,Melayu dan raja dari Perlembagaan negara.Generasi hari ini sewajarnya bergerak sederap mengisi kemerdekaan ini dengan mengenengahkan agenda Islam sebagai penyelesaian kepada kemelut hari ini”.

Percayalah, masyarakat melayu dan umat Islam mampu kembali bermaruah dan menang dalam perlumbaan material hari ini dengan menyambung perjuangan tokoh-tokoh bangsa terdahulu.

“Kemerdekaan yang hakiki hanya dapat diukur apabila anak watan berjaya mengisinya mengikut acuan Ilahi dalam kehidupan individu,masyarakat dan bernegara”.

Ini negara perjuangan !

 

Ustaz Abdul Rahim Sudin
Yang Di-Pertua ISMA
Cawangan Seberang Perai Utara