Barakallah pasangan mempelai, Najwa dan Amiruddin

ALOR SETAR, 13 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai, Najwa binti Ab Qais dan Mohammad Amiruddin bin Zainuddin yang selamat diijab kabulkan baru-baru ini.

Majlis ijab kabul saudari Najwa Ab Qais, aktivis ISMA SPU dan pasangannya, saudara Mohammad Amiruddin Zainuddin yang juga merupakan aktivis ISMA disempurnakan pada hari Jumaat, 4 Ogos. Keesokannya, 5 Ogos, majlis walimatul urus mereka telah berlangsung meriah di kediaman pengantin perempuan di Taman Pulai Jaya, Alor Setar, Kedah.

Seluruh warga ISMA SPU mendoakan:

“Barakallahulakum wabarakallahu ‘alaykum wa jam’a bainakum fi khayr”

Moga Allah merahmati kedua kamu dan memberkati ke atas kamu dan disatukan kamu berdua dalam kebaikan. Semoga baitul muslim yang dibina mendapat keredhaan Allah s.w.t., berkekalan dan dikurniakan zuriat yang menjadi penggerak ummah kelak. Amin.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]

Oleh
Noradawiyah Nordin
Aktivis ISMA SPU