Tahniah buat pengantin

PERMATANG PAUH, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) mengucapkan sekalung tahniah kepada aktivis ISMA SPU, Siti Maryam Ahmad Yusoff dan pasangannya, Mohamad Faris Mohd Ariffin atas pernikahan dan majlis walimah mereka yang telah berlangsung di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Saudari Syafiqah Ahmad Yusoff, selaku wakil tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian warga ISMA SPU dalam membantu persiapan sebelum majlis, menghadirkan diri ke akad nikah serta seterusnya memeriahkan walimah pengantin perempuan, pada 15 Julai yang lalu.

“Alhamdulilah, sudah selesai majlis di sebelah sini. Kami sangat terharu atas sokongan semua untuk majlis kali ini. Jazakumullah khairan kathira kepada semua ikhwah dan akhawat yang hadir ke walimah Maryam dan Faris ini” katanya.

“Barakallahulakum wabarakallahu ‘alaykum wa jam’a bainakum fi khayr”

Moga Allah merahmati kedua kamu dan memberkati ke atas kamu dan disatukan kamu berdua dalam kebaikan. Semoga rumah tangga muslim yang dibina memberikan sakinah, mawaddah, rahmah dan sentiasa diberkati Allah, insyaAllah.

Tahniah sekali lagi !

Oleh
Noradawiyah Nordin
Aktivis ISMA SPU