Pentingnya wanita untuk menjaga kesihatan


SUNGAI DUA, 6 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Kecintaan terhadap ilmu membuatkan seramai 30 orang muslimat dan penduduk sekitar untuk mengikuti Seminar Fiqh Wanita: Wanita dan Kesihatan, bertempat di Masjid Jamik Haji Abdul Rashid, 22 Julai yang lalu. Seminar ini telah berjaya dianjurkan oleh Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) dan Biro Luar Negara ISMA; dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid sendiri.

Seminar dimulai dengan alunan ayat suci Al-Quran dan seterusnya dikendalikan moderator, Ustazah Diana binti Zwkifli, graduan jurusan qiraat Maahad Tahfiz Shoubro,Al-Azhar,Mesir. Slot pertama bertajuk Kesihatan Rohani disampaikan oleh Ustazah Normah Mohd selaku ahli jawatankuasa Biro Wanita ISMA SPU.

Antara perkongsian ustazah adalah berkenan penyakit hati. Contoh-contohnya ialah riya’,ujub,takabbur dan ghurur. Ustazah berkata, kesemua penyakit hati akan melanda seseorang itu apabila dia tidak mengambil berat dengan perubahan yang berlaku pada jiwa seseorang itu.


Kemudian, slot kedua diteruskan dengan ceramah yang bertajuk ‘Jom Makan secara Sihat’ oleh Dr. Norhasimah Ismail, pakar perubatan keluarga Klinik Bayan Lepas dan sebagai ketua Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA SPU.

Doktor Hasimah telah berkongsi cara pemakanan yang betul dan sihat. Peserta kelihatan teruja dan banyak persoalan dikemukakan memandangkan bukan senang mendapat peluang bertemu doktor perubatan secara santai sebegini. Menurut doktor lagi ,cara pemakanan yang sihat ialah dengan mengikuti sistem piramid makanan dan mengambilnya dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan.

Sementara itu, seminar ini turut dimeriahkan dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh I-Medik Pulau Pinang. Aktivis I-Medik tersebut termasuklah pelajar perubatan yang balik bercuti dari luar negara. Rata-rata peserta yang hadir merasa gembira dan berpuas hati dengan seminar ini yang berakhir pukul 11.30 tengahari.

Moga seminar kali ini memberi kesedaran kepada penduduk Sungai Dua terutamanya para wanita betapanya pentingnya menjaga kesihatan; jasmani mahupun rohani, dan bersungguh-sungguh berusaha mempraktikkan ilmu yang diperolehi dalam keluarga masing-masing.

Zinnirah Mohamad
Pelajar Syariah Syariah Tahun 3, Universiti Al-Azhar Mesir
Aktivis Biro Luar Negara