Majlis Hari Raya Aidilfitri ISMA SPU Meriah.


KULIM, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Jamuan Hari Raya Aidulfitri anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) berlangsung dengan meriahnya baru-baru ini dengan kehadiran mencecah 150 orang.

Jamuan yang diadakan di SMK St. Patrick, Kulim ini dihadiri oleh ahli-ahli ISMA dari pelbagai syukbah dan agensi. Majlis ini bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan ukhuwwah sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya di samping meraikan syawal bersama penduduk setempat.

Majlis santai ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dan lagu raya dari kalangan ahli ISMA SPU. Di samping itu, tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadan raya seperti nasi arab, laksa, ketupat, lemang, rending, roti jala dan durian.

Semoga aktiviti anjuran pelbagai agensi ISMA seperti Pembina, Wanita ISMA, I-Medik, KRIM, Nazim, I-Guru ini berterusan diadakan lagi bagi mengesani masyarakat dan hubungan silaturrahim tetap terjalin dan diberkatinya.

Disediakan oleh
Afifi Abdul Rahman