Piala Presiden ISMA 2017: 55 orang pemain ke peringkat kedua

KEPALA BATAS, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Sesi pemilihan pemain untuk mewakili ISMA Penang FC telah berjaya menyenarai pendek 55 orang pemain ke peringkat kedua.

“Hampir 200 orang yang hadir ke Stadium Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas bagi sesi pemilihan kali ini yang datang dari pelbagai daerah dan negeri termasuk Kedah dan Perak.

“Pemilihan kali ini menjadi lebih sukar kerana kami terpaksa memilih yang terbaik antara yang terbaik sahaja dari kalangan 200 pemain yang rata-ratanya memang berbakat,” ujar Ketua Pemuda ISMA Pulau Pinang, Saudara Zulazmi Saidin.

Sementara itu, Zulazmi Saidin berharap ISMA Penang FC akan menjadi juara sekali gus membawa pulang piala yang berprestij ini ke bumi Pulau Mutiara dan merakam penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya terpilih dan kepada yang tidak berjaya diharapkan dapat mencubanya pada masa akan datang,”

“Ribuan terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa dan jurulatih jemputan yang bertungkus lumus bagi memudahkan urusan pemilihan ini berjalan dengan jayanya,” katanya lagi.

Pemilihan pemain untuk mewakili ISMA Penang FC dijalankan bagi merebut gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden ISMA 2017 pada Ogos depan.

Oleh Ahmad Muslihuddin Bin Nik @ Seman
Wartawan Biro Pemuda ISMA Pulau Pinang