Menjejaki khazanah alam: Taman Negara Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 5 Syaaban 1438H, Selasa – 30 orang peserta berjaya menjejaki khazanah alam yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang dalam program Rehlah Pemuda Pulau Pinang.

Ketua Pemuda ISMA Pulau Pinang, Zulazmi Saidin berkata program anjuran Pemuda ISMA Pulau Pinang telah menyusuri laluan-laluan pendakian dan merentas kawasan hutan yang mencabar.

“Kami mendaki selama dua jam dan berjaya menawan Rumah Api Muka head,” katanya.

Di samping itu, Zulazmi Saidin turut mengingatkan peserta tentang peranan pemuda sangat besar dalam kebangkitan Islam.

“Dengan stamina yang baik dalam diri peserta, kita perlu menggunakan kekuatan serta kemampuan bagi mengambil iktibar sirah Rasulullah dan para sahabat.

Rehlah Pemuda ISMA Pulau Pinang berjaya membuka mata peserta untuk mentadabbur ciptaan-ciptaan Allah dan mengeratkan hubungan Pemuda Islam Pulau Pinang di samping memupuk budaya hidup sihat.

Oleh Ahmad Muslihuddin Bin Nik @ Seman
Wartawan Biro Pemuda ISMA Pulau Pinang