Student Smart Circle 2016 Melabuhkan Tirai

ssc_1

KEPALA BATAS, 21 November – Student Smart Circle (SSC) atau usrah bersama-sama para pelajar sekolah anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pulau Pinang, akhirnya melabuhkan tirai. Setelah hampir tiga bulan berusrah bersama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir (SMKDHAK) sejak September yang lalu, akhirnya program ini bertemu penghujungnya. Majlis penutup yang melibatkan seramai 100 orang pelajar asrama perempuan dan 41 orang pelajar asrama lelaki ini mencakupi mereka dari tingkatan 1, 2 dan 4. Selaras dengan tujuan utamanya, iaitu untuk melahirkan para remaja Islam yang seimbang dunia dan akhirat, majlis ini diadakan secara sederhana dan berasingan antara lelaki dan perempuan.

ssc_2

ssc_3
Setiap kali perjumpaan, para pelajar tidak jemu-jemu disajikan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik oleh para mentor. Kemuncaknya, pada perjumpaan terakhir SSC bagi sesi ini, sebuah pertandingan penulisan dan karya kreatif bertemakan “Wajah Gemilang Remaja Malaysia” telah diadakan. Istimewanya dalam perjumpaan terakhir ini, penyampaian hadiah dan sijil turut disampaikan kepada para pemenang.

ssc_4

ssc_5

ssc_6
Dalam majlis penuh sederhana itu, Cikgu Rose  binti Abdul Aziz sebagai wakil guru turut menyampaikan sekalung penghargaan kepada pihak KRIM atas inisiatif yang diambil untuk meneruskan kelangsungan dakwah dan tarbiah di kalangan anak muda di SMKDHAK.

“Cikgu berharap pihak sekolah dengan kerjasama KRIM dapat buat yang lebih baik lagi pada tahun depan, dengan perancangan yang lebih baik.” Ujar beliau mengakhiri ucapannya dalam majlis penutup.

ssc_7

Oleh Siti Nadirah Binti Ahmad
Wartawan KRIM Pulau Pinang