NAZIM Pulau Pinang rai anak-anak yatim

kembara_minda_adik
KUALA KETIL, 7 Oktober: Keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim pada program Kembara Minda Adik-adik anjuran Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Pulau Pinang.

Mereka yang diraikan adalah dari Rumah Sinar Kasih, Kuala Ketil, Kedah.

Pengarah Program,  Nur Najihah Mohd Zulkarnain berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dan berkongsi keceriaan kepada anak-anak yatim.

“Sumbangan yang diberikan itu diharap dapat menceriakan warga Rumah Anak Yatim Sinar Kasih dan memberi semangat kepada mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan,”

“Pada masa depan, kami berharap akan dapat bekerjasama dengan pihak lain dalam menjayakan program amal sebegini lagi,” katanya ketika berucap pada majlis penutup.

Selain dari memberi sumbangan, program amal ini juga menyediakan aktiviti berbentuk Explorace sebagai salah satu cara menghiburkan anak-anak yatim. Lingkungan umur antara 4 hingga 12 tahun ini telah disesuaikan dengan permainan santai seperti cantuman puzzle, melukis, praktik wuduk, solat dhuha serta nyanyian nasyid yang dialunkan oleh anak-anak yatim.

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada adik-adik yang proaktif dan bersungguh-sungguh dalam acara Explorace.

“Satu kepuasan kepada pihak kami apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada anak-anak yatim,”

“Maklum balas daripada Pengurus Rumah dan selaku “abah”, Ustaz Rosli sangat mengharapkan kunjungan yang tidak putus daripada pihak kami dan berharap akan terus menerus dalam merancang program bersama anak-anak di sini,” kata Nur Najihah.

Oleh Siti Maryam Ahmad Yusoff
Aktivis Nazim Pulau Pinang