Perutusan Ramadhan 1437H

Profil - Ust Yusoff
Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat, seperti yang kita ketahui Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Kemunculannya pada setiap tahun ibarat haruman semerbak yang menyenangkan jiwa dan perasaan.

Kesempatan bertemu dgn Ramadhan adalah merupakan kegembiraan dan nikmat yang paling agung. Lihatlah berapa ramai dalam kalangan muslimin yang berharap bertemu Ramadhan tetapi ajal yang datang mendahuluinya.

Ramadhan adalah peluang terbesar bagi memperolehi keampunan Allah swt, menyucikan jiwa, menghapuskan dosa serta membangkitkan ruh dengan iman dan taqwa.

Ramadhan adalah bulan Ibadah, bulan Al Quran, bulan Jihad, bulan Infaq dan Sedekah. Maka rebutlah anugerah ini dengan penuh kesungguhan dan kesabaran.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melaksanakan festival ibadah ini serta dapat memperolehi Lailatul Qadar serta ganjaran Taqwa.

Tabaqqaballahu minna waminkum.
Ramadan Kareem, Kullu Am Waantum Bikhair.

Ustaz Mohd Yusoff Abd Mutalib
Yang Di-Pertua ISMA
Cawangan Seberang Perai Utara