Pemakanan Sihat di bulan Ramadhan (Bahagian 2)

Kembung Perut, Bersendawa, Berangin, Ketidakhadaman makanan dan Acid Reflux.

Masalah pemakanan yang sering timbul di kalangan masyarakat apabila berada di bulan Ramadhan ialah perut kembung, berangin, ketidakhadaman makanan dan acid reflux. Hal ini terjadi kesan daripada tabiat pemakanan yang diamalkan semasa berbuka atau di malam harinya iaitu makan secara berlebihan. Makanan yang terlalu banyak di dalam perut akan memberikan tekanan yang tinggi ke atas perut dan menyebabkan gastric juice yang berada di dalam perut tertolak ke ulu hati (acid reflux). Di samping itu, enzim pencernaan juga tidak mampu menampung lebihan makanan di dalam perut dan melambatkan proses pencernaan makanan.

Antara tips lain yang boleh diamalkan untuk mengurangkan permasalahan perut dan penghadaman ialah pengurangan makanan berlemak, bergoreng dan makanan pedas. Makanan berlemak memerlukan tempoh pencernaan yang lebih lama dan ini akan mendorong berlakunya reflux. Makanan yang pedas pula boleh menyebabkan sakit perut. Justeru, adalah penting untuk merancang juadah berbuka supaya makanan yang di makan tidak kesemuanya pedas dan berminyak.

Makan secara perlahan dan nikmati juadah ketika berbuka. Jangan makan terlalu cepat atau gelojoh. Kunyah secara perlahan bagus untuk pencernaan di samping membantu kita kenyang dengan lebih cepat dan secara tidak langsung membantu mengurangkan pengambilan makanan. Perlu diingatkan bahawa perut memerlukan 20 minit untuk menghantar signal kepada otak menyatakan sudah kenyang. Banyakkan bergerak dan berjalan selepas makan untuk mengelakkan acid reflux dan pedih ulu hati.

Bagaimana Menghadapi Bazaar Ramadhan??

Bazaar Ramadhan bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Muslim, malah penganut-penganut agama lain. Hal ini kerana, keenakan dan kepelbagaian juadah menarik yang di jual. Kepelbagaian dan keeenakan juadah ini mendorong kita untuk mengambil makanan melebihi keperluan dan kesannya bukan sahaja mampu menaikkan berat badan malah terlebih di dalam berbelanja. Gunakan peluang Ramadhan untuk menguruskan badan dan bukan untuk ‘menguruskan dompet’. Berikut merupakan tips yang boleh diamalkan apabila menghadapi bazar Ramadhan.

  • One stall at a time: Membeli hanya di satu kedai sahaja atau kurang daripada 2 jenis makanan daripada 1 kedai.
  • Stay within your budget: Bawa duit secukupnya sahaja. ( tidak perlu membawa wallet). Contoh RM10 /hari.
  • Get an extra workout: Survey atau berjalan sepanjang bazar Ramadhan kemudian baru beli pilihan makanan anda. Ia membantu pembakaran kalori sebanyak 100Kcal.
  • Listen to your body. Makan secara perlahan ketika berbuka/ifthar. Berhenti makan sebelum terlalu kenyang.
  • The best food right after azan on ifthar: Makanan terbaik di awal berbuka adalah karbohidrat / makanan manis seperti kurma dan kuih-kuih manis. Makanan ini membantu menaikkan paras gula dalam darah ke normal.

Elakkan daripada kenaikan berat badan berlebihan dengan mengamalkan cara pemakanan dan berbelanja secara SESEDERHANA.

Oleh Puan Noor Taufikhiah Binti Harun
Pegawai Dietetik Hospital Bukit Mertajam