Nazim Zon Utara 2 Johan keseluruhan festival Nazim 2016

Festival Nazim 2016
KLANG, KHAMIS- Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Berkat usaha dan kesungguhan yang berterusan anak-anak NAZIM Seberang Perai Utara (SPU) dan Sungai Petani (SP) berlatih saban minggu membuahkan hasil yang sangat cemerlang. Johan keseluruhan sempena festival NAZIM 2016 berjaya disandang oleh mereka buat julung kalinya pada tahun ini.

“Alhamdulillah, NAZIM Zon Utara 2 diwakili oleh anak-anak NAZIM dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang semuanya hebat dan berbakat dalam menyampaikan persembahan mereka,” kata Pengarah NAZIM SPU, Ustazah Zaiton saad.

Sebanyak lima acara yang dipertandingkan antaranya choral speaking, bercerita, hafazan, pidato dan nasyid.

“NAZIM SPU dan SP telah menghantar empat penyertaan dan kesemuanya berjaya memenangi tempat dalam kategori yang dipertandingkan,”

“Anak-anak sangat sukar untuk dilatih terutama yang melibatkan peserta lelaki, berbagai ragam dan karenah yang membuatkan urus setia NAZIM pening kepala untuk menanganinya. Walau bagaimanapun, penat lelah ini ternyata sangat berbaloi apabila mereka pulang dengan membawa kejayaan yang cemerlang,” kata Urus setia NAZIM SPU, Shahilah Nordin.

Selain faktor bakat, sokongan ibu bapa juga merupakan faktor terbesar untuk anak-anak cemerlang dalam pertandingan yang dimasuki.

Dengan adanya festival seperti ini, bakat terpendam anak-anak dapat digilap sekali gus membuatkan mereka yakin diri untuk berhadapan dengan orang ramai pada masa akan datang.

Oleh Siti Nor Ain Zulkeply
Wartawan Biro NAZIM
ISMA Seberang Perai Utara