Kalam Ramadhan 1437H

Dr Zaki - Kiri

Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang yang beriman. Kerana disana terdapat banyak kelebihan dan kurniaan daripada Allah swt. Mereka menunggu-nunggu sejak setahun yang lepas. Di antara nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada hamba ialah Taufik dan Hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah pada bulan tersebut.

Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba pada bulan Ramadhan dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah sebagai pemberi nikmat dan kelebihan kepadanya. Berilah pujianĀ  sebanyak-banyaknya sepertimana yang patut dilakukan kepada Allah SWT yang memiliki keagungan dan ketinggian kekuasaan. Ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.

Dr Mohd Zaki Ibrahim
Naib Yang Di-Pertua (NYDP) ISMA
Cawangan Seberang Perai Utara (SPU)