Keberanian Hakiki

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ini sempena dengan saudara-saudara saya di Halab yang ditimpa kesusahan, saya seru kepada seluruh ulama di dunia untuk mengeluarkan fatwa terhadap apa yang berlaku ini supaya kota beramai-ramai boleh membantu mereka di sana dengan apa yang termampu.

Saya dahulukan post yang saya pernah terjemahkan dan share satu ketika dahulu tentang para ulama dan hakikat mereka yang dinaqalkan daripada FB seorang Dr di Mesir dengan harapan memberi tekanan dan peringatan kepada mereka supaya bertindak segera mungkin dengan apa yang mereka termampu utk menyelamatkan umat Islam di sana.

Bagi saya, peranan ulama sangat genting ketika ini dari melihat isu remeh temeh kepada melihat isu survival umat Islam yg semakin hari semakin di ratah oleh puak kuffar.

Artikel dua tahun lepas repost:

Terjemahan keratan artikel ringkas FB daripada tulisan Dr Hisham Sakr yang bertajuk :

( يعرف الرجال بالحق ولا يُعرف الحق بالرجال )

“Kenali RIJAL dengan KEBENARAN, Kenal KEBENARAN bukan dengan Rijal”

يقول شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:

” إذا وجدتموني في صفوف التتار وفوق رأسي مصحفًا فاقتلوني ” .

يقول الإمام العلامة ابن عقيل رحمه الله تعالى:

“إذا أردت أن تعلم محل الإسلام من أهل الزمان ،

فلا تنظر إلى زحامهم في أبواب الجوامع ،

ولا ضجيجهم في الموقف بلبيك ،

وإنما انظر إلى مواطأتهم أعداء الشريعة”

Berkata Syaikh Islam Ibnu Taymiah RH. :

Jika kalian mendapatiku dalam barisan tentera at-Tatar (Musuh Islam), dan kamu nampak dari jauh di atas kepalaku ada Mashaf al-Quran (yang aku junjung), maka janganlah teragak-agak untuk kamu bunuh lah aku.

Berkata Imam al-Allamah Ibnu Aqil RH. :

Jika kalian ingin mengetahui siapakah pendokong Islam dalam kalangan para ulama di zaman kalian, janganlah kamu menilai dengan neraca kekerapan mereka ke masjid, ataupun jeritan dan laungan mereka ketika wuquf di Arafah dengan ucapan Labbaikallahumma Labbaik. Tetapi, lihatlah sejauh mana gagahnya dan kebalnya mereka ketika menentang musuh kepada syariat Allah SWT.

Wallahuallam..

 

Ustaz Muhammad Ikram Bin Abu Hassan
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Pulau Pinang