Cara mengembalikan Islam

unnamed
Kata-kata Syed Qutb tentang hakikat manhaj Islam. Beliau juga dalam teks yg berikut menerangkan sifat jilul taksis ataupun qaedah sulbah.

“Manhaj Ilahi yang dicernakan melalui Islam hanya dapat dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini.

Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya di dalam hati dan kehidupan manusia.

Mereka mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini. Mereka akan melawan kelemahan dan keinginan hawa nafsu yang sudah sebati di dalam jiwa manusia. mereka akan menentang dikuasai oleh kelemahan hawa nafsu dan yang menghalang usaha ini.

Dengan segala kesediaan ini mereka akan melaksanakan manhaj ini semaksima mungkin menurut kemampuan fitrah manusia, menurut kemampuan diri dalam realiti mereka.

Mereka akan memulakan usaha ini bertitik-tolak daripada sejauhmana kemampuan yang mereka miliki. mereka tidak lupa realiti mereka dan segala persediaan yang perlu mereka miliki dalam melangkah melalui proses penerapan manhaj ilahi ini”.

Syed Qutb (terjemahan oleh Salehan Ayub), buku: Inilah Islam, terbitan pustaka salam, cetakan 2011, m/s 23.

Saya simpulkan daripada teks beliau ini:

1. Hakikat untuk mendirikan Islam: Ianya perlu di pikul oleh sekumpulan manusia yang bekerja untuknya.
2. Sifat Jilul Taksis dan Qaedah Sulbah yang perlu ada dalam mereka yang ingin menjayakan Islam:

I. Mengimani dengan sepenuhnya bahawa Islam adalah manhaj yang benar. 
II. Istiqamah berpegang teguh dengan manhaj
III. Pengorbanan yang tinggi sehingga mengorbankan segala yang dimiliki
IV. Menentang kelemahan hawa nafsu dalam jiwa diri mereka sendiri dan diri manusia
V. Menentang siapa sahaja yang menghalang usaha mengembalikan manhaj ini
VI. Melaksanakan manhaj Islam semaksima mungkin dalam diri mereka
VII. Bersifat realistik dengan mengetahui kedudukan semasa dan apa yang perlu dilakukan
VIII. Bersedia dengan sepenuhnya kepada apa sahaja kemungkinan yang mungkin berlaku

Wallahuallam. Semoga dalam diri kita ada sifat-sifat berikut.

Amin ya Rabbal alamin.

11257835_10203433645276345_6975219618207052916_n

Ustaz Muhammad Ikram Abu Hassan
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)
Pengerusi PEMBINA Pulau Pinang
Ketua Biro Belia ISMA Seb Perai Utara