Tarbiah: penyelamat anak gadis Islam

20160410_usrah_wanita_2

SUNGAI DUA, 11 April – Warga Kampung Pengkalan Machang sekali lagi diberi santapan rohani dalam Usrah Wanita anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) yang telah memaparkan kepentingan tarbiah sebagai mendidik gadis Islam pada hari ini.

Pengisian Usrah Wanita kali ini berkisar tentang tafsir Surah An-Nur ayat 31 yang dimulakan dengan keindahan setiap perintah Allah dan kemuliaan wanita dalam Islam yang diceritakan melalui Al-Quran serta edaran info grafik cara menutup aurat mengikut syariat.

“Terdapat dua perintah dan satu larangan, iaitu arahan supaya menjaga pandangan dan memelihara kemaluan serta larangan menampakkan aurat bagi wanita,”

“Pergaulan bebas bermula daripada pandangan yang berlebihan,” Ketua Wanita ISMA SPU, Ustazah Norhayati Abdul Wahab.

Beliau menambah bahawa menjaga pandangan bukan sahaja lelaki terhadap wanita dan wanita terhadap lelaki, bahkan skopnya mencakupi menjaga pandangan sesama jantina.

Beliau juga membincangkan berkenaan perbezaan ulama dalam mentafsirkan perkataan perhiasan. Ada ulama yang menafsirkan perhiasan sebagai tubuh badan wanita dan ada juga yang menafsirkan sebagai barangan berharga.

“Empat cara musuh-musuh merosakkan wanita Islam iaitu hiburan (fun), makanan (food), fesyen (fashion) dan filem (film),” kata Ustazah Norhayati Abdul Wahab.

Norfaiezah A. Rahman
Wartawan Biro Wanita
ISMA Seberang Perai Utara