FROM ZERO TO HERO BERJAYA UBAH PERSEPSI

XPRESI2

Kepala Batas, 27 April- Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Pulau Pinang (KRIM Pulau Pinang) telah berjaya mengubah persepsi pesertanya melalui program From Zero To Hero di bawah pakej Expresi 2.0. Penyertaan eksklusif oleh para peserta lepasan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2016 dan One Step Closer (OSC) 2016 itu, dihadiri seramai 33 orang dari seluruh Pulau Pinang dan sekitar Kedah selatan.

Program yang berbentuk bengkel pengembangan potensi diri ini, telah berlangsung hampir empat jam dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta dan juga para penceramah jemputan iaitu Dr. Ahmad Muslim bin Ahmad Roslan dan Saudari Nur Izzati binti Othman.

“Program ni sangat bagus. Ianya memberi pencerahan dan pendedahan bagaimana keadaan dunia luar dan kehidupan dalam dunia kemahasiswaan nantiā€, ulas peserta Expresi 2.0 yang juga alumni program KLS 2016, Nur Amirah Hanim binti Azmi.

Pakej Expresi merupakan program susulan dalam penalaan hala tuju lepasan sekolah anjuran KRIM di seluruh Malaysia yang berlangsung kira-kira 5 bulan sehinggalah para peserta memasuki IPT.

Sepanjang program berlangsung, para peserta digarapkan dengan pelbagai input dan output sebagai persediaan menuju dunia kemahasiswaan. Antaranya menggilap kemahiran insaniah dalam menguruskan program kemasyarakatan.

Oleh Nursyazana bt Jamaludin
Wartawan Biro KRIM Pulau Pinang