Celoteh Dr. Gigi (Bahagian 2)

Apa yang perlu kita buat dalam menjaga gigi dan gusi supaya sentiasa sihat dan cantik. Saya kongsikan beberapa tips :

1.Kerap berjumpa doktor gigi, mungkin setiap enam bulan untuk rawatan
Doktor akan check gigi, satu persatu, check gusi dan ambil x-ray jika perlu untuk mengesan gigi berlubang seawal mungkin. Selalunya, doktor juga akan buat rawatan cuci gigi (scaling) untuk membuang karang gigi/ tartar dan akhirnya akan bagi rawatan florida sebagai langkah pencegahan. Florida akan buat gigi kita kuat dan tidak ngilu. Jika doktor gigi mengenal pasti ada gigi berlubang, mereka akan buat rawatan sebelum ianya semakin teruk. Pastikan kita akan hadir pada semua temujanji yang dibuat.

gigi_2 gigi_1

Karang gigi

gigi_4 gigi_3

X-ray

2. Gosok gigi dua kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur
Cara mengosok gigi yang berkesan:

Gosok gigi selama satu hingga dua minit dengan kedudukan berus gigi berada 45 darjah dari gusi. Gigi digosok secara bulatan kecil mengunakan berus gigi yang lembut soft bristle. Berus gigi akan cover dua ke empat batang  gigi pada masa yang sama.
Jangan lupa memberus lidah anda. Lidah adalah organ yang paling banyak kuman.

gigi_5

3. Guna ubat gigi yang mengandungi Florida 
Florida menguatkan gigi anda dan mencegah gigi berlubang.
gigi_6

4. Flos
Mengunakan flos/benang gigi untuk membuang makanan yang terlekat di antara gigi dan gusi yang boleh menyebabkan karang gigi jika dibiarkan lama. Berus gigi tidak dapat membersihkan kawasan ini.
Saya sarankan untuk flos terlebih dahulu bagi mengeluarkan makanan yang terlekat, kemudian memberus gigi, seterusnya berkumur dengan mouthrinse.
gigi_7

5. Berkumur dengan ubat kumur anti bakteria
Mengunakan mouthrinse sekali sehari dapat membantu mencegah bakteria dari membiak, menghilangkan bau mulut, menyegarkan mulut dan dapat menguatkan gigi dan gusi.
gigi_8

6. Tukar berus gigi anda setiap 3 bulan atau apabila bulunya mula melentur

7. Dapatkan rawatan segera apabila anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada gigi dan gusi anda seperti rasa sengal-sengal gigi, sakit gigi apabila makan benda manis, sejuk atau  panas, gigi berdenyut-denyut,  gusi berdarah , gigi berubah warna, gusi terasa bengkak atau berdarah. Disarankan juga mengunjungi doktor gigi sebelum merancang untuk mengandung.

8. Makan makanan yang sihat -Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan makanan manis (coklat, gula-gula, ais krim) dan minuman berkarbonat/bergas/kafein.

gigi_9
Saya yakin, jika kita menjaga gigi  dan gusi dgn baik, InsyaAllah gigi kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga bermanfaat.

Mari kita amalkan sunnah rasullulah, bersugi sebelum berwuduk.

Dari Aisyah r.a.h. “Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya”. (Riwayat Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk”. (Riwayat Ahmad )

Oleh Dr Ramzalinda Abd Rahman
Pegawai Pergigian,
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju,
USM, Kepala Batas