SYAHADAH KALI KEDUA (Bahagian 2)

syahadahku

Melihat ayahku di kerusi roda, menambahkan lagi kesedihan dalam diri ini, mengenang pula pada Fredo. Air mataku sentiasa mengalir dan pipiku sentiasa basah. Ayahku tak mampu berjalan lagi, stroke satu badan.

“Ayah tidak mampu hidup lama, nak”, kata ibuku.

Sedih pula melihat kesabaran ibu menjaga ayah. Sekali disuap bubur, ayahku memuntahkan semula. Tangan yang selama ini mencari rezeki kepada kami sekeluarga sudah tidak mampu untuk bergerak. Jenaka dan hiburan sudah lama aku tidak dengar. Aduh!!! Betapa banyak dugaan kami terima. Ibu dibuang kerja. Di mana harus aku mencari wang untuk menyara mereka?

“I am sorry Luna. Only bread here, just eat this”

Tiap-tiap hari aku makan roti. Aku tak pernah merasai kehidupan yang serba kekurangan ini.

“Mummy, I wanna go out. Maybe there are jobs out there. Pray for me”.

Aku bertindak untuk mencari kerja di luar. Pergi ke setiap pintu kedai untuk mencari kerja. Malangnya satu pun tak dapat, hanya dapat cacian dan makian yang terus menguris hatiku yang ikhlas mencari kerja untuk menyara keluarga. Aku berehat sebentar di kerusi panjang. Di sebelahku ada seorang lelaki yang memakai kopiah putih sedang membaca sesuatu dengan kuat. Merdu suaranya. Nampaknya bukan orang dari sini, kulitnya agak sawa matang. Mungkin orang Malaysia atau Indonesia.

Sekian lama, aku mendengar ayat-ayat yang indah, terasa degupan jantung ni sangat kuat, sepertinya ada suatu yang mendebarkan. Dengan sendirinya, aku menyebut ALLAHUAKHBAR. Air mataku menitis. Aku terasa sentak dan syahdu. Aku pun bingung kenapa tiba-tiba aku boleh menyebut perkataan itu.

Aku tidak sempat bertanya kepada lelaki itu berkaitan buku yang dia baca, dia terus bergegas pergi. Aku mengekori lelaki tersebut sehingga ke masjid. Aku terfikir bukankah tempat ini yang wajib aku pergi sebagai umat Islam. Aku tak pernah datang ke tempat ini selama aku hidup.

Selendang di bahuku, aku gunakan untuk menutup rambutku. Aku melihat beberapa barisan yang sedang sujud dan duduk dan terus berdiri. Perkara itu diulang sehingga keempat kalinya. Aku tidak pasti apa yang mereka sedang lakukan. Setelah selesai, aku bergegas pulang ke rumah, takut-takut aku ternampak oleh lelaki yang berkopiah putih itu.

Aku pergi lagi ke masjid, mencari lelaki yang berkopiah putih itu pada keesokan harinya agar aku boleh mengetahui apa sebenarnya yang mereka lakukan..

“Assalamualaikum, may I help you, sis…. You’re seem searching someone here”

Aku terdiam sejenak, terkejut melihat lelaki semalam berada di belakangku.

“Oh, hye!. I am Luna Maya,” Don’t you recognize me, I am sat beside you yesterday. Don’t you… I’m actually want to meet you to ask about a book that you read yesterday, what is that?”

Baru aku kenal lelaki misteri berkopiah putih itu adalah orang Islam, seagama dengan aku. Muhammad Fakhrul namanya, sedap nama tu, sesuai dengan wajahnya yang suci. Baru aku tahu yang buku tebal tu adalah al- Quran. Kitab yang wajib dibaca oleh aku sebagai penganut agama Islam dan menjadi rujukan kepada semua. Betapa jahilnya aku ni. Aku takut untuk berterus terang bahawa aku juga seagama dengannya. Malu kepada lelaki itu. Akhirnya sudah lima bulan aku mengenali dengan lelaki itu, aku berterus terang kepadanya.

“Fakhrul, tolong Luna! ajarkan Luna mengenai Islam, solat, puasa, zakat, membaca al- Quran dan the most important is who is MUHAMMAD?, mintaku.

Akhirnya, permintaan aku ditunaikan. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar. Aku belajar daripada seorang ustazah yang alim, sopan dan cantik, rupa-rupanya isteri kepada Fakhrul Razi yang sedang hamil 5 bulan. Aku diajar berkaitan solat, puasa, zakat dan aku dapat memahami tentang rukun Islam dan rukun Iman dan paling penting sekali aku sudah kenal siapa itu MUHAMMAD sebenar-benarnya. Aku berasa sangat beruntung kerana Allah telah memberi peluang kepada aku untuk kembali ke pangkal jalan.

Aku berasa tenang sangat dan seperti bayi yang baru lahir. Aku menjemput Fakhrul Razi dan isterinya ke rumah untuk mengajar aku dan ibuku. Kami semua ingin bertaubat dan belajar lebih mendalam tentang agama Islam. Pertama kalinya, aku memakai telekung, aku berasa sangat selesa. Memakai tudung labuh seperti Ustazah membuatku lebih cantik dari sebelum ini, kata ibu.

“Luna, mummy minta maaf sangat-sangat sebab kami tak mengajar kamu berkaitan ajaran Islam…mummy asyik mengejar dunia sehingga mengabaikan segala ajaran agama kita”

“Mummy, hari ni Luna nak panggil mummy dengan umilah, sedap sikit.. umi, jangan salahkan diri umi..kita kena sentiasa bersyukur pada Allah sebab, Dialah yang telah memberi hidayah kepada kita. Dan InsyaALLAH, kita boleh menjadi umat Islam yang sangat baik. Okey, Umi”.

Kami memeluk erat antara satu sama lain. Ibuku mengucup dahi serta pipiku sambil air matanya mengalir.

Alhamdulillah, beberapa minggu berikutnya keadaan ayah pula bertambah baik. Ini atas bantuan Fakhrul Razi. Sebenarnya, beliau ni seorang doktor. Beliau selalu membaca al-Quran bersebelahan ayahku. Ini semuanya keajaiban ayat-ayat al-Quran. Beliau selalu membaca Surah Al- Fatihah, Surah Al- Baqarah ayat 225 (Ayatul Kursi) dan selalu membaca doa Rihul Ahmar. Akhirnya ayahku mampu bercakap dan senyuman yang selama ini aku sangat rindu, akhirnya hadir jua di bibirnya. Dr. Fakhrul melakukan perubatan secara Islam dan bekerja bersama NGO untuk membantu golongan muallaf di Bandar Wellington.

Aku bersama umi dan ayahku seolah-olah baru mendapat sinar kehidupan yang baru. Terima kasih Ya ALLAH. Ayat-ayat al-Quran yang dialunkan oleh Dr. Fakhrul telah membuat hatiku berbunga-bunga untuk aku mengenali lebih dekat tentang dirinya. Tapi aku harus menerima hakikat yang Fakhrul sudah berpunya, Ustazah yang mengajar aku banyak tentang Islam. Berkaitan surat kiriman dari seorang jejaka yang bernama Ammar itu adalah sahabat kepada ibuku atau ex-boyfriend. Kawan kepada ibuku yang menyuruh supaya mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Baik betul Muhammad Ammar ini. Ini baru kawan sejati.

Aku lebih mengenali siapa itu Muhammad sebenarnya. Aku juga membantu muallaf bersama Dr. Fakhrul di Wellington. Aku juga dapat kerja baru, menjadi guru di sebuah sekolah yang dibina sendiri oleh rakyat Malaysia di sana. Syukur kepada rezeki-Nya.

Kandungan ustazah sudah mencecah 9 bulan 2 hari dan tiba-tiba ustazah berasa sangat sakit dan sepertinya mahu melahirkan. Aku menelefon Fakhrul. Ustazah enggan mahu ke hospital dan dia ingin sahaja melahirkan di rumah. Namun, Allah lebih menyayangi Ustazah, bayinya selamat dilahirkan. Tetapi saat pengakhiran hidupnya sempat lagi ustazah membisik kepada aku supaya aku menjaga bayi ini dan berkahwin dengan Dr. Fakhrul. Aku seolah-olah terbisu seketika dan mataku terus memandang Dr. Fakhrul.

Aku berasa sangat sedih atas pemergian ustazah yang telah banyak mengubah hidupku. Aku tidak layak untuk menjadi isteri kepada beliau dan bukan orang yang layak untuk menjadi pengganti ustazah. Aku berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada aku.

Tapi Allah telah mengatur segala-galanya. Jodoh aku adalah milik Dr. Fakhrul. Akhirnya pada hari Jumaat aku selamat diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang telah menyedarkan aku dan membantu aku untuk bersyahadah untuk kali keduanya. Bayi yang diamanahkan kepada aku akan aku jaga dengan pendidikan agama dengan sebaiknya agar dia boleh menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat. Aku berikan nama bayi ini dengan Aisyah Al- Humairah.

Alhamdulillah Ya Rabb! Hidupku kini diulit kebahagiaan kerana petunjuk dari Allah Azza Wa Jalla yang membimbingku aku membuat keputusan dan sempat bersyahadah kali kedua.

“Terima kasih Allah sebab bantu Luna untuk bersyahadah untuk kali kedua”.

Oleh Nuraina Hanim Mohd Nizam
Karya kreatif Kem Lepasan Sekolah (KLS) 2016