SYAHADAH KALI KEDUA (Bahagian 1)

syahadahku

Langkah aku terhenti seketika di sebalik tirai kamar setelah aku terdengar suara seorang lelaki sedang mengalunkan bacaan kitab suci al-Quran. Setelah hampir 28 tahun aku tidak mendengar bacaan yang begitu indah dan menenangkan jiwa. Aku tidak pernah diajar cara membaca al- Quran, solat, puasa dan zakat itu apa sebenarnya? Berkaitan ibu dan ayahku, mereka senantiasa sibuk dengan kerja masing-masing. Ayah seorang penyelia di sebuah syarikat terkemuka di Wellington. Ibu sibuk dengan kehidupannya di Posch Boutique. Kadang-kadang tidak pulang ke rumah.

Aku hidup di sini dengan cara orang Barat. Pakaian aku selalunya terbelah sehingga menampakkan peha. Aku rasa seronok dan bebas memakai pakaian yang sebegini. Hidup aku tak tentu arah. Kadang-kadang, aku berada di tempat istirahat yang disinari laser menerangi di ruang tarian di acara Gatecrasher di Sheffield, England. Aku berfoya-foya dengan minah-minah orang putih yang hot belaka. Hidup berjauhan dari keluarga membuat aku hidup seperti burung yang bebas berterbangan di angkasa. ISLAM aku hanya pada IC semata-mata.

Telefon aku berdering tatkala aku sedang bersama dengan teman istimewa yang baru je kenal ketika aku belajar di England, Fredo namanya..kacak..mat salleh katakan.

“Hello, mom”,jawabku

Tiba-tiba terdiam dan terdengar suara ibuku sedang tersedu-sedu menyebut nama aku perlahan-lahan

“Hello, mom. I can’t hear you”

“What happened?”

“Where are you?”

Segala persoalan yang aku lontarkan akhirnya terjawab. Ibu memberitahu bahawa ayahku sedang terlantar di hospital kerana beliau didapati terkena angin ahmar atau bahasa orang putih stroke. Telefon yang aku pegang..tiba-tiba terjatuh dan terus pecah sepertimana hatiku sedang terbunuh di panah petir. Aku tidak mampu berjalan, aku seolah-olah tidak mampu memijak lagi muka bumi ni. Aku tidak percaya dengan kata-kata ibuku. Sepertinya dia menipu aku. Kerana baru semalam aku sedang berbual dengannya melalui Skype. Sedih hati ini.

Saat aku bersama Fredo, perlu aku tinggalkan. Tidak sempat aku mengucapkan Good Bye. Aku harus pulang ke Wellington dengan segera, takut-takut aku tidak sempat bertemu dengan ayahku. Macam-macam perkara yang sedang fikirkan. Semasa aku sedang sibuk mengemas baju-baju, tiba-tiba aku ternampak sepucuk surat yang terselit di dalam sebuah buku. Aku bingung dengan coretan yang ditulis oleh insan yang tidak pernah aku kenali.

“Kertas apa ni? Siapa Muhammad Ammar ni?”

Aku agak keliru dengan tulisan tangan itu. Di dalam surat itu, ada tertulis supaya menjaga diri ketika di perantauan, menjaga solat, puasa dan belajar baik-baik. Coretan ini mungkin untuk ibuku yang diberikan oleh kawannya, semasa ibuku melanjutkan pelajaran di New Zealand dulu kerana surat ni tertera nama ibuku. Pelbagai andaian yang aku fikirkan.

“Ibuku tidak pernah menceritakan soal kawannya yang bernama Muhammad Ammar. Baik aku buang saja surat ni, tak kena mengena langsung dengan hidup aku.. apa tu solat, puasa, zakat? Ahhhh!!!! bingung aku dibuatnya.” ujar aku.

Aku terus bergegas ke lapangan terbang. Perasaan risau dan cemas sedang bermain dalam fikiranku. Aku terpaksa menggunakan telefon awam di London Heathrow Airport untuk menelefon Fredo. Alangkah terkejutnya bukan Fredo, tapi suara seorang gadis yang aku kenali iaitu Lanice. orang putih, sudah aku kenal permainan mereka. Aku berasa marah dan kesal atas penipuan Fredo. Aku dan Fredo terpaksa berpisah. Aku harap mereka bahagia. Keluarga yang menjadi keutamaan aku. Lelaki ini berjuta di dunia, tapi ibu-bapa hanya satu.

Oleh Nuraina Hanim Mohd Nizam
Karya kreatif Kem Lepasan Sekolah (KLS) 2016