NAZIM Pulau Pinang didik anak-anak tadabbur alam

photo20106902737365149

BERTAM, 1 Mac – “Kita perlu menjadi hamba yang bersyukur dan taat dengan mentadabbur alam kerana kita tidak mampu untuk membayar segala nikmat yang Allah berikan walaupun kita telah melakukan banyak kebaikan dan ketaatan,”

photo20106902737365146“Program yang bertemakan ‘Hebatnya Ciptaan Allah’ memberi peluang untuk anak-anak mensyukuri tentang nikmat yang diberikan oleh Allah antaranya dunia, manusia, binatang dan tumbuhan dan perkara ini membuktikan tiada yang dapat menandingi kehebatan Allah,” kata Pengarah Program, Nor Emmyza Mustapha.

photo20106902737365154Program anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Pulau Pinang ini merupakan susulan dari Kem Huffaz Cilik yang berobjektif untuk memberi kefahaman tentang mencintai Al-Quran dan menghafal surah-surah dalam Al-Quran.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti slot hafazan, tazkirah, tadabbur alam sambil berjalan serta latihan nasyid untuk pertandingan karnival nazim pada bulan Mei nanti.

Oleh Siti Nor Ain Zulkeply
Wartawan Biro NAZIM
ISMA Seberang Perai Utara