Harimau Kumbang FC pamer peningkatan berterusan

photo13673071792728822

KEPALA BATAS, 3 Mac – Persembahan Harimau Kumbang FC semasa perlawanan persahabatan mula menampakkan peningkatan berterusan dari segi corak permainan dan keserasian antara pemain ketika menang bergaya 4 – 0 ke atas ISMA Perlis ahad lalu.

“Perlawanan persahabatan ini lebih kepada menilai prestasi pemain serta keserasian mereka semasa bermain,”

“Berdasarkan perlawanan persahabatan menentang ISMA Perlis, keserasian di antara permain kian meningkat dengan baik. Kami yakin akan melangkah lebih jauh lagi untuk edisi kali ini dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain kami. Kami akan terus berjuang untuk menjuarai piala presiden ISMA yang julung kali diadakan,” kata Penolong Jurulatih, Muhammad Zulfikri Saidin semasa ditemui di Padang Institut Latihan Perindustrian (ILP).

Beliau juga menambah bahawa kemenangan tersebut merupakan satu langkah bagi ISMA Pulau Pinang menyediakan pasukan dengan corak permainan yang baik untuk menghadapi Piala Presiden.

Sementara itu, Muhammad Imanul dan Nor Hafiz menyifatkan pasukan Pulau Pinang sememangnya layak menang kerana beraksi lebih baik berbanding perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Pada saya, kejayaan menentang pasukan ISMA Perlis ini dapat meningkatkan peratus untuk memenangi piala presiden sekaligus dapat menaikkan nama negeri di Piala Presiden kelak,” kata pemain Pulau Pinang, Muhammad Imanul Hassan Ahmad Nazri.

“Semua pemain akan memberikan 100 peratus persembahan yang terbaik untuk pertandingan ini. Segala taktik yang diajar selama dua bulan latihan akan diterjemah selepas ini,” kata pemain Pulau Pinang, Nor Hafiz.

Oleh Amir Muhammad Noh Amin Abdul Rahman
Wartawan Biro PEMUDA
ISMA Seberang Perai Utara