ISMA Penang FC sedia cipta kejutan

photo13673071792728822

BERTAM, 19 Feb- Strategi teliti disusun Pengurus Pasukan ISMA Penang FC, Tuan Haji Jalilhusni Yahaya, yang meyakini mampu mencipta kejutan dalam perlawanan Piala Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), di Seremban, Negeri Sembilan.

“Setiap minggu, kami seramai 30 orang giat menjalani latihan yang diadakan untuk persediaan diri dari segi mental dan fizikal bagi merebut kejuaraan Piala Presiden ISMA yang julung kali diadakan pada 5 dan 6 Mac ini,”

“Seperti pasukan harimau kumbang, ISMA Penang FC juga tidak akan gentar dan akan terus berusaha memantapkan dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada dalam setiap sesi latihan yang dijalankan,” katanya yang ditemui di Kompleks Sukan Bertam.

Baginya, peribahasa Melayu alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan mampu menjadi suntikan motivasi pemain untuk bertindak agresif membantu kecemerlangan pasukan semasa pertandingan dengan memanfaatkan latihan yang dilakukan pada setiap minggu.

ismapenang fc 01

“Kita sedang mencungkil bakat muda Pulau Pinang dan menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan anak-anak muda dan belia untuk bersama ISMA Seberang Perai Utara (SPU) dalam melakukan aktiviti sihat yang kompetatif,”

“Kita telah menyediakan ruang untuk mereka beraksi dan akan mengharumkan nama Pulau Pinang serta menyertai pertandingan lain secara berterusan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, ISMA Penang FC dijadual melangsungkan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kedah pada 20 Februari dan Binjai FC pula 27 Februari ini.

Oleh Amir Muhammad Noh Amin Abdul Rahman
Wartawan Biro PEMUDA
ISMA Seberang Perai Utara