Harimau Kumbang FC cipta keserasian pemain melalui perlawanan persahabatan

gambar_1

KEPALA BATAS, 23 Feb- Skuad bola sepak Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pulau Pinang atau Harimau Kumbang FC dijadual melangsungkan perlawanan persahabatan seterusnya dengan Binjai FC 27 Februari ini.

“Perlawanan persahabatan sebelum ini merupakan satu langkah untuk meningkatkan prestasi dan keserasian di mana setiap pasukan boleh menguji tahap dan corak permainan masing-masing menjelang kejuaraan Piala Presiden ISMA,” kata Ketua Jurulatih, Mohd Imran Azmi.

Harimau Kumbang FC sebelum ini mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kedah di Padang Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas dan telah membuat senarai pendek 20 pemain daripada keseluruhan hampir 40 orang pemain.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa pasukannya kini sedang giat memantapkan lagi latihan dan keserasian antara pemain menerusi perlawanan persahabatan yang telang berlangsung.

“Pemain telah menunjukkan peningkatan dari segi stamina dan masih mencari keserasian dalam membentuk sebuah perlawanan yang dinamik,”

“Ini kerana pasukan Harimau Kumbang FC masih lagi membuat penapisan pemain untuk memilih pemain yang lebih kreatif di bahagian tengah, pertahanan yang kebal dan penyudah yang tajam,” katanya lagi.

Oleh Amir Muhammad Noh Amin Abdul Rahman
Wartawan Biro Pemuda
ISMA Seberang Perai Utara