Perutusan Maulidur Rasul 1437H

Profil - Ust Yusoff

الحمد لله،
والصلاة والسلام على رسول الله،
وعلى آله وصحبه ومن تبعه ووالاه ،
أما بعد،

Tidak dapat dinafikan, bahawa Muhammad SAW, adalah nama indah dan agung yang sangat akrab bagi setiap Muslim buat dimana pun mereka berada.
Setiap kali azan berkumandang dan solat ditunaikan, nama Baginda sudah pasti disebut dan diulang berkali-kali.

Begitu juga kisah sejarah Baginda, sering dibaca dan diceritakan untuk sentiasa diingati. Perlu diinsafi, manusia agung berperibadi mulia ini, kelahiran dan kebangkitan baginda bukan sekadar ingatan semata-mata, tetapi merupakan pencetus dan pendorong untuk kita sama-sama menggalas bebanan dakwah dan risalah Islam,
kerana baginda adalah merupakan “role model” yang wajib dicontohi, diteladani dan diikuti dalam setiap kehidupan di dunia ini, bagi meraih redha Ilahi utk mencapai kebahagiaan ukhrawi.

Maka benarlah firman Allah SWT:
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri tauladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat serta yang banyak mengingati Allah” Surah Al-Ahzab, ayat 21

Sempena Maulidur Rasul SAW ini, marilah sama-sama kita semarakkan syiar (الرسول قدوتنا) dalam kehidupan kita.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam Maulidur Rasul 1437H

Ustaz Mohd Yusoff Abd Mutalib
Yang Di-Pertua ISMA
Cawangan Seberang Perai Utara