Penetapan Tujuan untuk Mencapai Matlamat Kehidupan

PEMBINA_UITM

PERMATANG PAUH, 6 Dis – “Penetapan Tujuan atau Goal Setting perlu bagi mencapai matlamat hidup sebenar sebagai seorang manusia dan mampu memastikan hala tuju berada dalam landasan yang betul,” kata Encik Muhamad Zulazmi Saidin, mantan Pengerusi PEMBINA Pulau Pinang.

Selain menyentuh mengenai Goal Setting, Pengurusan Akademik, Pengurusan Kewangan dan Kepentingan Beraktivisma turut dibentangkan kepada peserta. Beliau juga memberi beberapa Tips Teknik Belajar dengan cara yang berkesan.

Program anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Pulau Pinang telah mengumpulkan 30 orang pelajar UiTM Pulau Pinang dalam program Step Towards Excellence Person (STEP) di Dewan Kuliah Hotel B, UiTM Pulau Pinang. Program ini membincangkan bagaimana untuk menjadi Mahasiswa yang cemerlang dunia dan akhirat.

Tambahan pula, beliau memberi nasihat kepada para peserta supaya bijak merancang kewangan sejak muda supaya tidak muflis pada masa hadapan. Malah, beliau juga menyarankan kepada para peserta untuk bergiat aktif dalam beraktivisma bagi melatih kemahiran insaniah diri sendiri.

Selesai pembentangan daripada Encik Zulazmi, program diteruskan dengan slot Pengenalan PEMBINA yang dikendalikan oleh Saudara Muhammad Izzuddin, Pengerusi PEMBINA UiTM Pulau Pinang.

Pada majlis kali ini juga, berlangsungnya acara penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh saudara Syukri Sulaiman, wakil Jawatankuasa Cawangan (JKC) PEMBINA Pulau Pinang kepada saudara Encik Zulazmi.

Menurut seorang peserta Amy Syahirah Bt Badrin Shah yang berkata: “terima kasih atas program STEP yang dianjurkan. Saya berasa  seronok sebab mendapat banyak input yang berguna. Dapat mengetahui kepentingan menabung, menguruskan kewangan, cara ‘study smart’ bukan ‘study hard’. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dgn lebih banyak lagi aktiviti yang menarik”.

Muhammad Izzuddin Md Zakaria
Wartawan PEMBINA Pulau Pinang
Pengerusi PEMBINA UiTM Pulau Pinang