Letak pendirian tolak syiah

P1010003

KEPALA BATAS, Selasa – Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohammad Ismail berkata, umat Islam perlu diberikan kesedaran yang lebih meluas dan perlu tetap dengan pendirian menolak syiah.

“Umat Islam di Malaysia haruslah bersatu padu dan bersepakat menjayakan segala bentuk agenda Islam dan berusaha menjadi umat yang kuat dari segi fizikal, mental dan juga bersih dari ajaran syiah,” katanya semasa ditemui di Masjid Abdullah Fahim.

Seramai 50 orang yang mengikuti kuliah subuh anjuran bersama Biro Dakwah ISMA cawangan (SPU) dan Masjid Abdullah Fahim itu telah membongkar agenda sesat Syiah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Seperti yang ditegaskan beliau, penolakan terhadap ajaran itu hendaklah dibuat secara menyeluruh dan telah difatwakan haram oleh Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 26 Ogos 1996 kerana bukan suatu mazhab yang boleh diamalkan di Malaysia.

Beliau menambah lagi, enam perkara yang menyebabkan Syiah adalah kafir kerana beriman dengan Imam 12 (Imamah dan walayah), menolak Al-Quran sebagai rujukan utama dan menerima pakai kitab daripada imam mereka sendiri, menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat kerana beranggapan para sahabat adalah kafir, Taqiyah iaitu berselindung disebalik nama Islam tetapi tidak beriman dan yakin terhadap pengangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, menghalalkan nikah mut’ah, menuduh Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih teruk dari orang yahudi dan nasrani.

Muhamad Zulazmi Saidin
Ketua Biro Penerangan
ISMA Seberang Perai Utara