Kejohanan Futsal Pulau Pinang disambut meriah

P1010008
SEBERANG JAYA, Isnin – Kejohanan Futsal Pulau Pinang 2015 anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara (SPU) dan Pemuda ISMA Pulau Pinang telah mendapat sambutan lebih 200 orang dari kalangan pelajar dan orang awam sekitar Pulau Pinang.

Kejohanan dengan kerjasama PEMBINA Pulau Pinang, KRIM Pulau Pinang dan Red Camel Academy telah berjaya mengumpul 16 pasukan yang dipilih dalam kejohanan edisi pertama ini.

“Lebih dari 30 pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan pada kali ini, tetapi hanya 16 pasukan sahaja yang dipilih untuk edisi pertama ini,”

“Kita akan jalankan kejohanan ini secara tahunan kerana dapat mengumpulkan anak-anak muda dengan aktiviti yang sihat serta menghindarkan mereka daripada aktiviti yang tidak berfaedah,” kata Ketua Pemuda ISMA Pulau Pinang, Zulfikri Saidin.

Sementara itu, majlis perasmian berlangsung meriah dengan kehadiran Tuan Haji Jalilhusni Yahaya, Penolong Setiausaha ISMA Pusat di Safira Sports Centre, Seberang Jaya.

Menurut Tuan Haji Jalilhusni Yahaya semasa merasmikan pelancaran Pemuda ISMA cawangan SPU tersebut di sini berkata, lapan seruan ISMA iaitu bersatu, bersepakat, memperkasakan, memelihara, memastikan, menentang, menolak dan mempertahankan perlu sentiasa diterapkan dalam diri ahli.

“Penyatuan umat islam adalah satu isu yang sentiasa diberi perhatian khususnya kepada masyarakat melayu muslim Pulau Pinang harus direalisasikan kerana penyatuan orang melayu adalah kunci kepada kejayaan,” katanya.

P1010007Kejohanan untuk edisi yang pertama ini dimenangi oleh Sembilang United yang menerima wang tunai RM500, piala, medal dan sijil penyertaan, dan Naib Johan, TSFC menerima RM200, medal dan sijil penyertaan.

Tempat ke-3 disandang oleh Sembilang FC yang menerima wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan dan keempat disandang oleh Murni City.P1010006

 

Sementara itu, pengurus dan pemain pasukan Sembilang United, Ashraff Rahim memberitahu bahawa aktiviti ini perlu diteruskan pada masa akan datang supaya dapat berukhwah dengan pasukan yang bertanding.

Pengurus pasukan TSFC, Nizar Zakaria turut menyatakan bahawa penganjuran kejohanan pada kali ini berjaya dan membina hubungan baik antara pasukan melalui futsal.

Muhammad Hafidz Romli
Wartawan Biro Penerangan
ISMA Seberang Perai Utara