Harapan Ibu Bapa perlu selari dengan tindakan

KEPALA BATAS, Selasa – “Ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang rapat dengan anak-anak dan memastikan harapan mereka untuk mendapat anak soleh dan solehah selari dengan tindakan iaitu dengan didikan berpandukan empat perkara, iaitu ilmu tauhid, ilmu halal dan haram, ilmu muamalat serta adab.

“Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak supaya mereka dapat berkongsi masalah dan kejayaan yang diperoleh mereka,” kata Dr. Norsaleha Mohd Salleh, dalam slotnya “Peranan Ibu bapa: Suami Mithali, Isteri Bidadari” di Seminar I-Keluarga anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM).

Dalam sesi pembentangan slot “Psikologi Anak-anak: Dari Teori Kepada Praktikal”, Dr. Rozanizam Zakaria telah menghuraikan mengenai punca Circle of Security ialah ibu bapa yang terlalu mengongkong, sibuk dan bermasalah sehingga menyebabkan anak-anak bermasalah dalam berdikari.

Sementara itu, slot terakhir disampaikan oleh Dr. Mohd Hisham Mohd Sharif dan Puan Hasifah Zainuddin telah mengupas tentang peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak ketika mereka sedang membesar dan meningkat remaja.

Di akhir slot Sembang Santai “Menyemai Iman Permata Syurga”, penceramah berkongsi ayat 40 dan 41 dari Surah Ibrahim yang boleh diamalkan untuk mendapat anak-anak yang soleh.

Menurut Puan Nadirah Hussen, peserta dan ibu kepada seorang anak berkata, panelis-panelis yang ditampilkan hebat dalam bidang kepakaran mereka dan membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi dalam mendidik anak-anak.

Seorang lagi peserta, Puan Norain Abd. Manan, guru dan ibu kepada dua orang anak merasakan banyak info yang sangat berguna dan mengucapkan tahniah kepada BKM ISMA SPU atas penganjuran program tersebut.

Perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua ISMA SPU, Ustaz Mohd Yusof Abd. Mutalib di Dewan Sri Tanjung, MARDI Kepala Batas. Ketika berlangsungnya seminar tersebut, anak-anak peserta yang berusia enam hingaa 12 tahun menyertai Kids Fashion Show, pertandingan mewarna dan pelbagai aktiviti lagi di bawah kelolaan Kelab Anak Hebat NAZIM.

Nor Ashida Ahmad
Wartawan Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM)
ISMA Seberang Perai Utara

IMG_6487 IMG_6466 IMG_6416