Tiada apa yang perlu dibanggakan

Ustzh Norhayati 2Seberang Perai Utara, 22 Oktober –“Sangat tidak beradab dengan Allah bagi kaum wanita yang menghisap Vape. Vape tetap haram sama seperti shisa dan rokok. Bagi wanita yang tidak pernah merokok sebelum ini, mengapa mencuba vape? Tiada apa yang perlu dibanggakan,”.

“Wanita nampak sangat tidak manis dan tidak beradab kerana kaum wanita terkenal dengan lemah lembut dan sopan santun,” komen Ustazah Norhayati Abd Wahab, Ketua Wanita ISMA Seberang Perai Utara tentang trend menghisap vape dalam kalangan wanita.

Katanya lagi, menghisap vape boleh membawa seseorang ke dalam kebinasaan dan juga membunuh diri perokok seperti yang terdapat dalam firman Allah SWT:

Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” (Surat Al-Baqarah :195)

Di samping itu, Ustazah Norhayati berpendapat bahawa keadaan ini berlaku kerana sikap ingin mencuba, kefahaman agama yang kurang, keimanan yang rapuh serta pengaruh daripada kawan-kawan.

“Islam mengharamkan vape sama seperti rokok dan yang seangkatan dengannya kerana semua benda ini merosakkan kesihatan, meruntuhkan akhlak dan membazirkan wang,” tambahnya lagi.

Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa rokok elektronik adalah dilarang di dalam Islam (haram) kerana dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan.

Keputusan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tentang fatwa terhadap rokok elektronik tersebut itu dikeluarkan di akhbar walaupun Kementerian Kesihatan masih menunggu pakar-pakar membuat keputusan.