ISMA Memartabatkan Agenda Perjuangan Islam

Dr Zaki - KiriAlhamdulillah kita telah mengecapi nikmat kemerdekaan selama 58 tahun. Generasi hari ini terhutang budi dengan generasi pejuang kemerdekaan di era penjajahan. Perjuangan mereka adalah jihad untuk menuntut hak sebagai warga merdeka dan mengembalikan kembali bumi ini di kuasa Umat Islam.

Perjuangan Dato Abdul Rahman Limbung, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tuk Jangut dan ramai lagi pejuang pada ketika itu, adalah perjuangan jihad menentang kuasa asing yang datang untuk merobek jatidiri bangsa Melayu Islam di bumi ini.

Hari ini, Setelah 56 tahun bumi ini merdeka, apa yang dipertahankan oleh pejuang-pejuang hebat tersebut telah ditelan zaman dan apa yang dibawa oleh barat telah menjadi budaya hidup baru bangsa merdeka ini. Apakah yang akan kita hujahkan jika para pejuang tersebut bertanya? kenapa bumi yang merdeka tetapi jiwanya terjajah?

ISMA memahami aspirasi pejuang terdahulu dan akan terus nekad memartabatkan kembali bumi ini sebagai kuasa ISLAM di rantau nusantara. Langkah awalnya adalah utuk menyatukan umat Islam dengan agenda memartabatkan ISLAM. Kami menyeru anda untuk bersama kami menjayakan agenda ISLAM di bumi merdeka ini. Jika bukan kita, siapa? Jika bukan sekarang, bila?

Ingatlah seruan Allah di dalam Al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib mana-mana bangsa/umat jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah nasibnya ( Ar-Radd- 11)

PERUTUSAN MERDEKA 2015

Dr Zaki Ibrahim
NYDP ISMA SPU