ISMA SPU santuni golongan asnaf & ibu tunggal

photo_2015-07-13_18-25-36Oleh Mohd Redza Khazale

PENAGA, 12 Julai – Seramai 15 orang ibu tunggal & golongan asnaf di santuni oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seberang Perai Utara (SPU).

Satu program ringkas dianjurkan dengan kerjasama Persatuan MaWar yang dipengerusikan oleh Puan Adziah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Puan Adziah di dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran ISMA & mengharapkan banyak lagi program kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua NGO.

IMG-20150712-WA0015

Manakala ISMA, yang diwakili oleh Naib Yang Di-Pertua, Dr Mohamad Zaki Ibrahim menyatakan bahawa program yang julung kalinya diadakan ini bukanlah yang terakhir, beliau juga menyatakan bahawa agenda sebenar ISMA adalah untuk membawa masyarakat kepada ISLAM secara menyeluruh. Beliau juga mengajak masyarakat agar bersama-sama dengan ISMA dalam menangani isu-isu masyarakat setempat.

Seramai 15 orang telah disantuni dengan pemberian wang tunai hasil daripada kutipan daripada ahli-ahli ISMA & zakat daripada pihak-pihak perseorangan.

IMG-20150712-WA0016