Hikmah membaca Al-Quran, bukan sekadar khatam

MKQ 8Oleh Nor Ashida Ahmad

KEPALA BATAS, 13 Julai – Ramadhan menjanjikan pelbagai hikmah dan pengajaran terutamanya kepada orang Islam yang beriman kepada perintah Allah menerusi Al-quran.

Al-quran mendidik manusia bukan hanya khatam Al-quran pada bulan Ramadhan sahaja, malah kualiti setiap ayat yang dibaca penting supaya kita dapat memahami hikmah penurunan ayat Al-quran.

MKQ 9“Jadikan bulan Ramadhan sebagai titik perubahan dan Rasulullah memberi jaminan kepada orang yang belajar Al-quran,”

“Antara kewajipan kita kepada Al-quran ialah belajar dalam memahami Al-quran, menjadikan Al-quran sebagai wirid harian, mentadabur dan memahami maknanya, beramal dengan Al-quran yang menjadi penawar kepada masalah umat sekarang,” kata Yang di-Pertua ISMA SPU, Ustaz Mohd Yusoff Abd Mutalib semasa menyampaikan tazkirah di Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Abdullah Fahim.

Seramai 149 orang peserta yang menyertai Majlis Khatam Al-quran anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Seberang Perai Utara yang terdiri daripada pelajar dan masyarakat setempat.

Menurut Pengarah Program Majlis Khatam Al-quran, Nor Ashida Ahmad berkata kesempatan meraikan bulan agung diambil oleh pihaknya dengan menganjurkan program yang mampu memberi kesan positif kepada pihak yang terlibat.

“Melalui program ini kita yakin boleh mengajak masyarakat lebih dekat dengan Al-Quran, serta mengeratkan ukhwah di antara pengurusan masjid, masyarakat dan ahli ISMA SPU,” katanya.

MKQ 3

Sementara itu, pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Nur Dini Yaakob, memberitahu bahawa majlis tersebut menarik dan mampu membawa masyarakat untuk memahami dan mendekati Al-Quran.

“Program yang baik kerana menggalakkan orang muda dan tua untuk berkumpul dalam menghayati makna Al-quran,” katanya.

MKQ 10