Hargai pengorbanan ibu bapa

RO 1Oleh Zulfadli Jamil

KEPALA BATAS, 29 JUN – “Program Ramadhan Outreach ini mampu melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda supaya menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa mereka,” kata Pengarah program Ramadhan Outreach (RO), Zulfadli Jamil.

Menjadi anak yang bertanggung jawab kepada orang tuanya memang merupakan satu saranan wajib dipatuhi kerana dalam Islam menggariskan anak-anak wajib menjaga kebajikan ibu dan ayah mereka apabila mereka telah tua apatah lagi sekiranya mereka telah terlantar sakit.

RO 3

Program Outreach anjuran Kelab Remaja ISMA Malaysia (KRIM) cawangan Seberang Perai Utara kali ini diadakan di Rumah Orang Tua Darul Hanan melibatkan 9 orang peserta yang telah terpilih untuk menyantuni orang tua di sana.

Slot dimulakan dengan sesi tazkirah oleh saudara Azuan tentang Ramadan dan kemudiannya diteruskan dengan slot interaksi bersama penghuni.

Sementara itu, peserta program, Sham sedar akan kepentingan menjaga perasaan mereka yang telah mendidik anak-anak sejak dari kecil.

Manakala seorang lagi peserta, Jeffry menyatakan hasrat untuk menjaga ibu beliau sebagai membalas jasa dan pengorbanan yang dilakukan semasa membesarkan beliau.

“Saya berjanji akan menjaga ibu sampai bila-bila dan tidak sanggup menghantar ibu ke rumah warga emas,” ujarnya.

Program berakhir dengan penyerahan sedikit cenderamata kepada penghuni Rumah Orang Tua Darul Hanan.

RO 7