Wanita Solehah Tunjang Keluarga Bahagia

Bisda 1Oleh Siti Nurfarhana Binti Ahmad Puat

SUNGAI DUA, 24 Mei– “Disayangi suami adalah satu bonus buat wanita disamping hubungan dengan Allah perlu diutamakan,” kata Ustazah Wan Noradibah Wan Ahmad semasa menjadi panelis program Bengkel Wanita Solehah Bidadari Dunia (BISDA) semalam.

Forum “Kerana Aku Isteri Dia” anjuran Wanita ISMA cawangan Seberang Perai Utara (SPU) itu menampilkan Ustazah Salma Ismail dan Ustazah Wan Noradibah Wan Ahmad sebagai panelis, manakala Ustazah Salini Suid sebagai moderator yang bertujuan membantu wanita untuk mengurus rumahtangga dengan lebih efisyen dan bijaksana.

Ustazah Noradibah memberi tiga tips komunikasi berkesan dalam membantu keharmonian rumahtangga iaitu banyak bersabar, jangan marah, jangan pendam masalah.

“Orang yang ada sifat marah selalu ada dalam diriya sifat takabbur yang akan menyebabkan hubungan suami isteri menjadi tegang,” katanya lagi.

Bisda 3

Sementara itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara, Ustazah Norhayati Abdul Wahab berkata cabaran yang besar dalam mengurus rumahtangga terutama bagi mereka yang mempunyai kerjaya.

Oleh itu, beliau menyeru para wanita agar menitikberatkan komunikasi yang berkesan antara suami isteri serta jelas dengan matlamat perkahwinan agar keutuhan keluarga tetap terjamin dalam membina rumahtangga yang diredhai Allah.

Program tersebut turut menampilkan wakil cawangan ISMA SPU, Nadia Farhana Radzi yang berkongsi tentang ancaman dan salah faham terhadap wanita melalui fahaman feminisma yang berlaku di Malaysia.

Hakikatnya wanita perlu sedar tentang peranan mereka dalam menjadi teras yang membimbing keluarga dan mendokong usaha para suami berpandukan ajaran islam yang sebenar kerana jatuh bangunnya sesebuah bangsa itu bergantung kepada wanita.

Bisda 4