Jaga Aurat, nilai harga diri seorang wanita

kempen_tutup_aurat_spuSEBERANG PERAI, 15 Feb. – Usaha Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara melaksanakan Kempen Jom Menutup Aurat pada 14 Februari yang sering disinonimkan dengan Hari Valentine memberi impak berbeza kepada nilai harga diri seorang wanita.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara, Ustazah Norhayati Abdul Wahab berkata, objektif utama kempen itu adalah melahirkan remaja yang faham tuntutan sebenar pensyariatan Islam dalam isu aurat.

“Kita telah mulakan kempen ini dengan pemasangan banner dan edaran risalah di lokasi-lokasi yang strategik di sekitar Seberang Perai.”

Selain di Pulau Pinang, kempen ini turut dijalankan oleh Wanita ISMA di cawangan lain dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang tuntutan menutup aurat dalam Islam.

Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan dan mereka menyambut baik kempen yang dijalankan oleh Wanita ISMA SPU tersebut.

Tambah Ustazah Norhayati, kempen yang dijalankan sepanjang bulan Februari ini juga diteruskan menerusi laman sosial Facebook yang menjadi medium kepada remaja Muslim supaya berkongsi maklumat mengenai kempen terbabit.

“Kempen yang diadakan juga berjaya mengumpulkan 33 keahlian baru yang mendaftar sebagai ahli ISMA ,”.

Beliau menasihati wanita supaya meletakkan maruah wanita pada tempat yang tinggi dengan menepati kehendak syarak.

Azidatul Anis binti Aziz

Wartawan Media ISMA Seberang Perai Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *