Bengkel Wartawan Ummah Suntik Semangat Media Islami

bengkel wartawan2

JITRA, 15 Feb – Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, Pegawai Penyelidik ISMA merangkap Ketua Wartawan ISMA mengingatkan kepada semua peserta Bengkel Wartawan Ummah bahawa pergerakan media ISMA pada hari ini mestilah mempunyai agenda yang jelas dan pantas dalam menyampaikan sesuatu berita.

Beliau  berkata demikian dalam Bengkel Wartawan Ummah yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Zon Utara dengan kerjasama PEMBINA Alor Setar, bertempat di pejabat ISMA Kedah yang menampilkan beliau sendiri sebagai pembentang utama dengan fokus kupasan tentang pemberitaan dakwah.

Bengkel ini turut dihadiri oleh 8 orang peserta mewakili media  ISMA cawangan Seberang Perai Utara (SPU).

Bengkel ini memberikan saya  suntikan semangat untuk terus fokus dalam tugas  sebagai seorang  wartawan.” kata salah seorang daripada peserta bengkel.

Bengkel ini telah banyak memberi input yang berguna untuk diri saya.” tambahnya lagi

Menurut Ustaz Mohd Fird

aus walaupun seseorang itu bukan dari  bidang kewartawanan, namun jika punyai  minat dan kesungguhan untuk belajar, ia tidak menjadi penghalang untuk seseorang itu menjadi wartawan ummah yang berjaya.

Tidak dilupakan juga, sekalung tahniah buat jawatankuasa pengendali yang wajar dipuji kerana mengadakan bengkel ini yang sangat bermanfaat.   

 

Disediakan oleh

Nurul Syuhada Ataa

Wartawan Media ISMA SPU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *