Kempen Petisyen Sejuta Umat Tolak Comango

JAN_17-2014_petition_2Kepala Batas, 17 Jan. – Kempen Petisyen Sejuta Umat Tolak Comango anjuran Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara berjaya mengumpulkan 1034 tandatangan di Masjid Abdullah Fahim dan 201 tandatangan di Masjid Tengah, Berapit.

Tandatangan tersebut menunjukkan bahawa masyarakat jelas dan faham tentang bahaya tuntutan Comango terhadap umat islam.

Ketua Biro Dakwah (ISMA) cawangan Seberang Perai Utara, Ustaz Budiyanto Unggun berkata, kempen itu dilancarkan sebagai bukti bahawa masyarakat membantah segala tuntutan yang dilakukan oleh gabungan NGO liberal Comango.

Hari ini kempen itu diadakan serentak di dua buah masjid iaitu Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas dan Masjid Tengah, Berapit yang melibatkan ramai aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara.

JAN_17-2014_petition_3Beliau turut memberitahu bahawa beberapa program telah dilaksanakan pada waktu tengah hari, antaranya ialah tazkirah sebelum azan Jumaat yang disampaikan oleh Yang diPertua ISMA Seberang Perai Utara, Ustaz Hamidi Abu Hassan dan Naib Yang diPertua ISMA Seberang  Perai Utara, Ustaz Mohd Yusof Abd Mutalib. Pameran mini dan edaran risalah mengenai tuntutan Comango telah diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut.

Ustaz Budiyanto juga memaklumkan bahawa ISMA Seberang Perai Utara akan terus menjalankan kempen ini agar seluruh masyarakat memahami bahayanya tuntutan Comango kepada agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Masih ramai yang tidak mengetahui tentang isu Comango ini. Apabila diberi penerangan dan penjelasan cara tuntutan Comango ini dilaksanakan, baru mereka menyedari bahayanya tuntutan ini kepada agama dan negara”, ujarnya lagi.

Disediakan oleh:
Azidatul Anis binti Aziz
Wartawan Media ISMA Seberang Perai Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *